Download pdf - www .mampu.gov

Transcript
Page 1: www .mampu.gov

BERSAMA MELAKSANA TRANFORMASI

w w w. m a m p u . g o v. m y

VOL. 1/2013 ISSN 1985-9554 JANUARI - JUN 2013

03 1MTC: UNLOCKING PUBLIC SECTOR TRAINING RESOURCES

05 PELAKSANAAN APLIKASI MOBILE BAGI PERKHIDMATAN AGENSI KERAJAAN – MYGOV MOBILE

08 INISIATIF PERCETAKAN TERAGIH MYKAD

w w w m a m p u g o v m y

11 TRANFORMASI SISTEM PENGURUSAN REKOD KERAJAAN: PELAKSANAAN DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM (DDMS) DI AGENSI SEKTOR AWAM

13 PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU (PRPM)( )

16 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)

20 SISTEM PENGURUSAN PESAKIT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

( )

202

18 AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)

AINING

AAN APLIK

AN E

AKANAKAN

STEM

DDMS)M

RATAN M

ERLINDUBADI 201

ED

N

NT

Page 2: www .mampu.gov

1MTC: UNLOCKING PUBLICSECTOR TRAINING RESOURCES

1Malaysia Training Centre or better known as 1MTC is a project designed to reconstruct the boundaries between all Public Training Institutes within the public sector. The concept of 1MTC, brainchild of Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak, was announced during the tabling of the 2010 budget to encourage all Public Training Institutes to share their existing facilities with other government agencies, private sector and the public at large.

This new paradigm of sharing training facilities by breaking the walls of working in silos is indeed a bold move by the government to unlock huge government training resources. Government training facilities that are not used at any particular time can be made readily available to other ministries and agencies at no cost. A nominal 50% charge is imposed to the citizens and private sector. This will also facilitate the Government’s aim in ensuring that 90% of all government services are delivered online by end of 2015.

Implementation of 1MTC also demands for an innovative and creative approach of public service delivery that will

Oleh: MAMPU

give the highest impact at the least cost and in the shortest implementation time possible. This is in line with the National Blue Ocean Strategy (NBOS) deployed by the Government to provide quick-wins in service delivery. According to Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Chief Secretary to the Government NBOS fosters the breaking-of-silos to improve cooperation between agencies, launch programmes that are low in cost, high impact and rapid execution.

Leveraging on current technology as an enabler, the 1MTC Project established a portal to provide for an online reservation, booking and payment system. Through this portal, the public training institutes can optimise utilisation of their training facilities and courses. This also offers an alternative for all users to reduce the use of expensive private facilities. At present, there are more than 300 Public Training Institutes in the Public Sector providing pre service training, in service training and courses to the public. It is anticipated that when the portal reaches maturity there will be more than 100,000 courses covering 23 different areas such as science and technology, finance, law, agriculture, systems development etc. listed in the portal. In terms of facilities, there are more than 2,000 facilities such as auditoriums, classrooms, meeting rooms, halls, laboratories, sports facilities, etc available at these institutes. For more

information one can surf the 1MTC Portal at www.1mtc.gov.my.

PRAKATA KETUA EDITOR

Assalamualaikum, Salam Kegemilangan dan Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buletin Info EG siri satu pada tahun 2013 berjaya diterbitkan. Penerbitan buletin ini adalah untuk memberikan maklumat mengenai inisiatif-inisiatif ICT Kerajaan yang dilaksanakan oleh agensi Kerajaan selaras dengan kehendak dan jangkaan rakyat yang menuntut perkhidmatan yang bersifat 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Buletin ini diharap akan menjadi wadah ilmu kepada pembaca mengenai pembaharuan dalam bidang ICT serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.

Selaras dengan aspirasi Kerajaan, penerbitan siri pertama ini menampilkan pelaksanaan projek ICT

SIDANG PENGARANG ISI KANDUNGANPENASIHAT:Datuk Wira Omar Bin KasehKetua Pengarah

KETUA EDITOR:Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd ZahriTimbalan Ketua Pengarah (ICT)

EDITOR:Puan Parmjit KaurPengarah, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan EG

PENOLONG EDITOR:Encik Norzaman NordinEncik Yee Chen HuaPuan Ganeshwari A/P Balakrishnan

PRAKATA PENGARANG

1MTC: UNLOCKING PUBLIC SECTOR TRAINING RESOURCES

PELAKSANAAN APLIKASI MOBILE BAGI PERKHIDMATAN AGENSI KERAJAAN – MYGOV MOBILE

INISIATIF PERCETAKAN TERAGIH MYKAD

TRANFORMASI SISTEM PENGURUSAN REKOD KERAJAAN: PELAKSANAAN DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM (DDMS) DI AGENSI SEKTOR AWAM

PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU (PRPM)

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)

AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)

SISTEM PENGURUSAN PESAKITKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PRESS AD MYIDENTITY

0203

yang berdaya saing di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti Projek Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) yang telah diperkenalkan oleh Jawatankuasa Strategi Lautan Biru Kebangsaan pada 29 Oktober 2012.

Selain 1MTC dan Projek myMobile, pelbagai artikel menarik seperti Automated Enforcement System, Digital Document Management System serta projek-projek ICT lain juga telah dipertengahkan di dalam buletin ini untuk dikongsi bersama oleh Sektor Awam dan Sektor Swasta. Buletin ini juga memuatkan satu artikel mengenai projek percetakan teragih Mykad. Dengan terlaksananya projek ini tempoh masa serahan MyKad adalah lebih cepat dan sudah tentunya memberi kemudahan kepada pelbagai peringkat rakyat bagi melancarkan urusan seharian.

Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam penerbitan buku ini. Diharap, usaha kerjasama ini akan dapat berterusan pada masa akan datang untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri

05

0811

1316

2018

24

1Malaysia Training Centre (1MTC) portal

Participants of 1MTC workshop held in January 2013

INFO EG JAN-JUN 20132 3INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 3: www .mampu.gov

This project is jointly spearheaded by the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) and the Economic Planning Unit (EPU). Other strategic partners include the Prime Minister’s Department, Ministry of Finance, Public Service Department, Ministry of Defence, Ministry of Human Resources, Ministry of Rural and Regional Development, Ministry of Youth and Sports, One Malaysia for Youth (iM4U) and all Public Training Institutes. The strategic collaboration and contribution from these various agencies highly contributed to the success of this initiative. Getting the buy-in from all the public training institutes is indeed a big feat and critical to the success of the 1MTC project.

The implementation of this project started as a pilot involving five (5) public training institutes namely the National Institute of Public Administration (INTAN), Training Institute of Islamic Malaysia (ILIM), Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM), Centre for Instructor & Advanced Skill Training (CIAST) Ministry of Human Resources (MOHR) and National Institute of Valuation (INSPEN). The 1MTC Portal was conceptualised, designed and implemented within a mere six (6) weeks, a great feat in the development of Portals. It was soft launched on 17 December 2012 by the former Director General of MAMPU, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. The successful implementation of the pilot led to the roll out of this project to the other public training institutes. To date, there are 295 public training institutes offering their services via the 1MTC portal. A quick survey indicated that only 30% of the public training institutes had some kind of computerised system to facilitate management of their facilities and courses. By having a centralised portal the government has managed to achieve huge cost savings. The portal is accessible 24x7 anywhere at anytime. The portal will enable users to view virtually the facilities that they want to

book at the various public training institutes via photographs or videos that are uploaded in the Portal. The portal will also enable payment to be made online and apart from this, be accessible via the various mobile channels - thus enabling the Portal to be accessed ubiquitously.

The implementation of this project will certainly change the paradigm of managing facilities and courses in the public training institutes. The 1MTC Portal will provide a comprehensive offering of facilities and courses available at public training institutes throughout the nation. Promotion and change management programs will be intensified to create awareness as well as to enhance usage of the 1MTC Portal.

1MTC is hoped to benefit government agencies, the private sector, statutory bodies and ordinary people.

Konsep Gerbang myGov Mobile

1MTC Meeting held in December 2012 1MTC Workshop held in January 2013

Soft Launch Project 1MTCby YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal

Projek myGov Mobile adalah merupakan kesinambungan dari pelaksanaan mySMS 15888, Gerbang SMS Kerajaan yang mula dilaksanakan pada tahun 2008 dengan menyediakan saluran penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui saluran mudah alih. Kadar penembusan telefon mudah alih yang tinggi di Malaysia iaitu 141.6% sehingga Suku ke-4 Tahun 2012 merupakan faktor utama yang mendorong kepada pelaksanaan myGov Mobile. Antara perkhidmatan Kerajaan yang dibangunkan melalui myGov Mobile adalah perkhidmatan Short Message Service (SMS), Unstructured Supplementary Service Data (USSD), Multimedia Messaging Service (MMS) serta aplikasi mobile (Mobile Applications).

Harga telefon pintar (smart phone) yang semakin murah di pasaran telah menyumbang kepada pelaksanaan perkhidmatan aplikasi mobile. Aplikasi mobile dibina khusus untuk telefon pintar dari pelbagai jenis platform antaranya yang popular di pasaran adalah Android, Apple iOS, Blackberry OS, Nokia Symbian serta Windows Phone. Aplikasi mobile ini perlu dimuat turun dahulu dari Mobile App Store ke dalam telefon pintar sebelum ia boleh digunakan. Di antara kelebihan pelaksanaan aplikasi mobile adalah antaramuka yang lebih baik, menarik dan interaktif, maklumat boleh disimpan dalam telefon dan dicapai semula

tanpa perlu capaian ke Internet serta tiada caj dikenakan untuk memuat turun aplikasi mobile Kerajaan. Kewujudan pelbagai jenis platform yang berbeza di pasaran menyebabkan pembangunan aplikasi yang sama berulang kali perlu dibuat dengan menggunakan native-platform yang berbeza. Bagi membolehkan pembangunan aplikasi mobile ini menggunakan kemudahan cross-platform, maka perisian Phonegap telah digunapakai bagi membolehkan ia diadaptasikan di platform yang berbeza dengan perubahan yang minimum. Phonegap menggunakan teknologi standard berasaskan web-kit iaitu HyperText Markup Language (HTML), Cascading Style Sheets (CSS) dan JavaScript sebagai cross-platform bagi menghubungkan fungsi dan ciri yang terdapat dalam setiap native-platform yang digunakan di pasaran masa kini. Pembangunan aplikasi mobile ini melibatkan dua kaedah capaian data iaitu capaian data dari Gerbang myGov Mobile dan capaian terus ke server agensi. Data yang disimpan secara berpusat di Gerbang adalah data yang tidak berubah secara kerap dan ia akan dihantar melalui File Transfer Protocol (FTP) secara berkala. Kaedah ini akan memudahkan pentadbiran dan operasi capaian data agensi. Bagi data yang kerap berubah, sistem akan mencapai terus ke server agensi bagi memastikan data yang dicapai oleh pengguna adalah yang terkini.

PELAKSANAAN APLIKASI MOBILE BAGI PERKHIDMATAN AGENSI KERAJAAN – MYGOV MOBILEOleh: MAMPU

INFO EG JAN-JUN 20134 5INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 4: www .mampu.gov

Arkitektur Teknikal Capaian Data Aplikasi Mobile

Perkhidmatan utama aplikasi mobile myHEALTH Paparan perkhidmatan utama aplikasi mobile myJakim

Perkhidmatan dalam aplikasi mobile myTOURPerkhidmatan dalam mobile myJakim

Perkhidmatan dalam modul m-Denggi aplikasi mobile myHEALTH

Pembangunan aplikasi mobile untuk perkhidmatan agensi

Kerajaan telah dimulakan dengan lima (5) agensi perintis iaitu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pelancongan Malaysia

(MOTOUR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Untuk tahun 2012, tiga (3)

aplikasi mobile iaitu myHEALTH, myJakim dan myTOUR telah

siap dibangunkan dan telah dimuat-naik ke Mobile App Store

bagi pengguna Android dan Apple iOS. Ketiga-tiga aplikasi

mobile ini menyediakan maklumat asas berkaitan produk

atau perkhidmatan yang disediakan oleh agensi tersebut.

myJAKIM

myJakim adalah satu aplikasi mobile yang dibina khusus untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). myJakim berfungsi sebagai salah satu pusat setempat untuk pengguna merujuk pelbagai perkara berkaitan Islam. Sebanyak lapan (8) modul utama disediakan di bawah myJakim iaitu Info Solat,

Kemusykilan Agama, Direktori Halal, Fatwa, Doa Harian, Logo Halal Diiktiraf, Khutbah Jumaat dan Yassin dan Tahlil.

Penentuan arah kiblat yang tepat sangat penting dalam melaksanakan solat. Dengan adanya kemudahan ini umat Islam dapat menyemak dengan mudah dan yakin bagi menentukan arah kiblat dan waktu solat di samping mendapat pandu arah ke masjid terdekat bagi menunaikan solat Jumaat atau solat lima waktu. Surah Yassin dan Tahlil dalam myJakim membolehkan pengguna membacanya selepas menunaikan solat. Isu makanan halal atau haram merupakan isu utama bagi umat Islam. Bukan semua produk di pasaran atau logo halal yang dikeluarkan oleh negara luar diiktiraf oleh Jakim. Pengguna boleh membuat semakan status halal atau produk halal dengan mudah dan cepat melalui modul Direktori Halal dan Logo Halal Yang Diiktiraf oleh Jakim.

myHEALTH

Aplikasi Mobile myHEALTH telah mula dibangunkan di bawah Projek myGov Mobile, MAMPU dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Disember 2011 dan telah dilancarkan oleh KKM pada 29 Jun 2012. Sebanyak enam

(6) perkhidmatan utama disediakan dalam myHEALTH bagi membolehkan pengguna telefon pintar mendapatkan maklumat perkhidmatan kesihatan dengan cepat dan di mana sahaja.

Kemudahan kesihatan membolehkan pengguna mendapatkan maklumat asas Hospital dan Klinik

myTOUR

myTOUR adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan bersama Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR) bagi pelancong dalam atau luar negara mendapatkan maklumat destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. myTOUR memberi fokus kepada enam (6) perkhidmatan utama bagi pelancong untuk bercuti

mengembara seperti tempat penginapan, destinasi percutian, kedai makan terbaik di seluruh negara, aktiviti menarik sepanjang tahun, lokasi membeli belah dan juga maklumat berkaitan pelancongan.

Terdapat pelbagai maklumat penginapan yang disediakan dalam modul Stay bagi pelancong yang mahu mendapatkan tempat untuk menginap di hotel dari yang mahal kepada hotel bajet dan juga Homestay yang diiktiraf oleh MOTOUR. Bagi pelancong yang suka menjamu selera, mereka tidak akan menghadapi masalah untuk mencari restoran terbaik di seluruh negara melalui GPS yang dipasang dalam myTOUR. Di samping membuat lawatan ke destinasi menarik, pelancong juga boleh melakukan aktiviti seperti memancing, berbasikal, bermain golf atau membeli belah melalui maklumat yang disediakan dalam modul DO dan VISIT. myTOUR juga menyediakan senarai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun oleh MOTOUR bagi pelancong yang mahu mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Kerajaan berserta dengan lokasi, peta dan carian pantas Hospital Kerajaan yang terdekat. Penilaian Risiko pula membolehkan pengguna untuk menilai tahap kesihatan seperti obesiti, kesihatan mental dan diabetes sebelum rawatan lanjut dibuat di hospital atau klinik Kerajaan. Bagi memastikan sesuatu produk kesihatan atau produk kosmetik yang berada di pasaran adalah sah dan telah didaftarkan di bawah KKM, maka pengguna boleh menyemak terus melalui perkhidmatan Produk Berdaftar. Semakan Pengamal Perubatan membolehkan penguna membuat carian maklumat nama, nombor pendaftaran dan tempat amalan Pengamal Perubatan dan Pengamal Pergigian di Malaysia yang berdaftar dengan KKM. Modul m-Denggi pula memaparkan maklumat penting berkaitan denggi seperti kawasan wabak denggi, tanda dan gejala denggi, langkah pencegahan, tanya pakar dan keratan akhbar.

INFO EG JAN-JUN 20136 7INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 5: www .mampu.gov

YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sedang menyerahkan MyKad kepada salah seorang pemohon di Majlis Perasmian UTC Kuala Lumpur pada 12 September 2012.

Jadual 1: Cawangan Lokasi Percetakan Teragih dan tahun beroperasi

Jadual 2: Piagam Pelanggan Penggantian MyKad (tidak bermasalah)

INISIATIF PERCETAKAN TERAGIH MYKAD

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada bulan April 2009, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan antara agensi utama barisan hadapan yang paling awal mengorak langkah mentransformasikan perkhidmatan Kerajaan ke arah yang lebih efektif melalui pelaksanaan Projek Percetakan Teragih MyKad. Inisiatif ini membolehkan MyKad disediakan di mana-mana cawangan dalam tempoh sehari. Pelaksanaan projek ini selari dengan slogan dalam ucapan sulung Perdana Menteri “1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Projek ini telah dilaksanakan di 17 cawangan JPN seluruh negara bermula 3 Januari 2012. Lokasi cawangan-cawangan JPN yang melaksanakan percetakan teragih MyKad 1 hari adalah seperti di Jadual 1.

Sebelum pelaksanaan percetakan teragih MyKad, cetakan MyKad hanya dibuat di Ibu Pejabat, JPN Putrajaya. Piagam pelanggan pengeluaran MyKad di cawangan - cawangan JPN Semenanjung Malaysia adalah 10 hari berkerja manakala bagi Sabah dan Sarawak adalah 30 hari berkerja. Jangkamasa yang lama adalah termasuk tempoh penghantaran dari Ibu Pejabat JPN Putrajaya ke cawangan di seluruh negara. Kejayaan

Bil. Cawangan JPN Tarikh beroperasi

1 W.P. Putrajaya 3 Jan 20122 Shah Alam 3 Jan 20123 Wilayah Persekutuan 7 Feb 20124 Melaka 17 Jan 20125 Seremban 13 Okt 20126 Kluang 10 Jan 20127 Johor Bharu (Setia Tropika) 14 Jan 20128 Kuantan 15 Jan 20129 Kuala Terengganu 29 Jan 2012

10 Kota Bharu 20 Jan 201211 Ipoh 10 Jan 201212 Pulau Pinang 29 Jan 201213 Alor Setar 3 Feb 201214 Perlis 9 Dis 201215 Kuching 14 Jan 201216 Miri 6 Feb 201217 Kota Kinabalu 7 Feb 2012

pelaksanaan projek ini telah dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia bermula dari bulan Januari 2012 dan telah memberikan impak yang besar dalam agenda transformasi perkhidmatan sektor kerajaan untuk rakyat Malaysia. Tempoh masa serahan MyKad yang lebih cepat sudah tentunya memudahkan pelbagai peringkat rakyat bagi melancarkan urusan seharian mereka seperti urusan

perbankan yang memerlukan MyKad sebagai medium pengesahan diri.

Impak daripada pelaksanaan percetakan teragih MyKad dalam sehari jelas dapat dilihat melalui Piagam Pelanggan Penggantian MyKad (tidak bermasalah) seperti di jadual 2:

Bil Pejabat JPN Sebelum Cetakan Teragih Selepas Cetakan Teragih1 Ibu Pejabat W.P. Putrajaya 1 hari 1 hari2 Ibu Negeri Senanjung 10 hari 1 hari3 Ibu Negeri Sabah & Sarawak 30 hari 1 hari4 Cawangan terpilih (Kluang dan Miri) 10 hari 1 hari5 Cawangan UTC - 1 hari

Oleh: Jabatan Pendaftaran Negara

INFO EG JAN-JUN 20138 9INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 6: www .mampu.gov

TRANFORMASI SISTEM PENGURUSAN REKOD KERAJAAN: PELAKSANAAN DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENTSYSTEM (DDMS) DI AGENSI SEKTOR AWAMOleh: MAMPU

Dalam usaha untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Kerajaan telah memperkenalkan Program Tranformasi Ekonomi (PTE) pada tahun 2010. Di bawah PTE, Kerajaan telah mengenalpasti beberapa bidang utama Negara yang perlu diberi perhatian di mana salah satu yang penting ialah bidang komunikasi, kandungan dan infrastruktur.

Di bawah bidang ini, Kerajaan telah memperkenalkan projek Digital Document Management System (DDMS) untuk dilaksanakan di semua agensi sektor awam. Projek yang diterajui oleh MAMPU dan Arkib Negara Malaysia ini merupakan satu sistem pengurusan rekod secara elektronik yang akan menggantikan sistem pengurusan rekod secara fizikal. Dengan terlaksananya DDMS, sistem pengurusan rekod Kerajaan mengalami transformasi

YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sedang menyerahkan MyKad kepada pemohon di Majlis Perasmian UTC Kuala Lumpur pada12 September 2012.

Cawangan UTC dan Tarikh Beroperasi

Perluasan Percetakan Teragih MyKad ke Pusat Transformasi Bandar (UTC)Di bawah National Blue Ocean Strategy 6 (NBOS6), Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan inisiatif baru iaitu Urban Transformation Centre (UTC) atau Pusat Transformasi Bandar bagi meningkatkan capaian komuniti rakyat kawasan bandar kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta di dalam satu pusat sehenti. Bagi tujuan ini, kerajaan telah menggunapakai bangunan kerajaan sedia ada yang tidak digunakan sepenuhnya atau menyewa daripada pihak swasta.

JPN merupakan salah satu agensi kerajaan barisan hadapan yang dipilih untuk membantu menjayakan program UTC tersebut. Sekali lagi JPN tanpa menoleh ke belakang terus memperkenalkan perkhidmatan urusniaga yang melibatkan percetakan teragih MyKad 1 hari yang telah terbukti cemerlang pelaksanaannya ke lokasi pejabat UTC seperti berikut :

Bil Cawangan JPN Tarikh beroperasi1 UTC Melaka 11 Jun 2012 2 UTC Kuala Lumpur 12 Sept. 20123 UTC Perak 2 Jan 20134 UTC Mini Sentul 6 Mac 20135 UTC Pahang 1 April 2013

Selain itu, waktu operasi perkhidmatan urusniaga JPN di pejabat UTC yang berakhir pada pukul 10.00 malam setiap hari memberi keselesaan kepada rakyat yang kesuntukan masa untuk berurusan dengan JPN di waktu pejabat.

Program Senior Management Forum yang diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2013 di Hotel Equatorial Melaka

yang jelas serta banyak faedah yang akan diperolehi oleh Kerajaan termasuklah dapat mengurangkan penggunaan kertas dalam sektor awam, mempercepatkan capaian rekod Kerajaan, mengelakkan kehilangan rekod Kerajaan dan memudahkan urusan arkib dan rekod.

DDMS mematuhi keperluan MS-ISO 16175 (Malaysian Standard International Organisation for Standardisation): Information and Documentation Principles and Functional Requirements for Records in Electronic Office Environment dan kini dalam proses pengiktirafan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM)

INFO EG JAN-JUN 201310 11INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 7: www .mampu.gov

melalui proses compliance test secara professional.

DDMS juga memenuhi kitaran hayat pengurusan rekod

Kerajaan iaitu bermula dari pewujudan rekod sehingga

kepada pelupusan.

Kitar Hayat Pengurusan Rekod di Sektor Awam

Pelancaran PRPM sempena BBK 2010 di Perak oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

DDMS tidak akan berjaya mencapai matlamat sebagaimana

yang diharapkan tanpa komitmen dan buy-in daripada

pengguna-pengguna terutamanya oleh Pengurusan

Atasan dan pegawai-pegawai di agensi -agensi Kerajaan

yang mengunakan DDMS. Untuk memastikan kejayaan

pelaksanaannya, beberapa siri program pengurusan

perubahan telah dirancang dan program pertama yang

diadakan adalah Senior Management Forum. Program

ini telah diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2013 di Hotel

Equatorial Melaka dan dihadiri oleh Pengarah/Setiausaha

Bahagian Khidmat Pengurusan, Pegawai Rekod Jabatan

dan Pengurus IT Kementerian dan agensi perintis. Seramai

65 peserta telah hadir ke program tersebut.

Pengurusan DDMS adalah secara berpusat di mana server,

storan, perisian dan aplikasi DDMS (infrastruktur DDMS)

ditempatkan di Pusat Data Sektor Awam yang terletak

di MAMPU, Cyberjaya. Infrastruktur ini ditadbir dan

disenggara oleh Pembekal Perkhidmatan yang dilantik

oleh Kerajaan. Agensi akan menggunakan aplikasi DDMS

yang dicapai melalui Internet browser. Dengan pendekatan

ini agensi tidak perlu menyenggara infrastruktur DDMS.

DDMS akan dilaksanakan di dua agensi perintis iaitu

MAMPU dan PEMANDU, seterusnya akan diperluaskan

diperluaskan ke agensi Kerajaan yang lain secara

berperingkat.

PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU (PRPM)Oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

Portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) telah

dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri

Dato' Hj. Muhyiddin Mohd. Yassin sempena Bulan Bahasa

Kebangsaan (BBK) tahun 2010 di Ipoh, Perak.

Portal PRPM merupakan kemudahan yang disediakan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk pelayar internet

membuat rujukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Portal PRPM menyediakan kemudahan enjin carian yang

membolehkan pengguna mencari maklumat secara holistik

yang merentasi semua pangkalan data DBP, Laman DBP

dan Laman Bahasa dan Persuratan Melayu yang ditentukan

oleh DBP. Ia merupakan pusat sehenti maklumat dan

pengetahuan persuratan Melayu yang menggabungkan

kandungan daripada pelbagai sumber untuk rujukan

pelbagai kumpulan pengguna bahasa Melayu. Kandungan

Portal PRPM merupakan maklumat dan pengetahuan yang

bersifat ranah umum (domain umum), bersumber daripada

repositori DBP dan repositori luar DBP yang dibenarkan

oleh DBP. Portal PRPM diuruskan sepenuhnya oleh DBP.

Portal yang mirip gabungan theFreedictionary, Wikipedia

dan enjin carian Google menggunakan enjin carian yang

dibangunkan oleh DBP untuk mencari maklumat dalam

pangkalan data DBP dan laman Persuratan Melayu. Hasil

carian akan dikelompokkan kepada domain dan sub

domain tertentu seperti kamus, panduan, perkhidmatan,

artikel, karyawan, puisi, tesaurus, karya, ensiklopedia,

buku, Khidmat Nasihat DBP dan lain-lain bagi membantu

pengguna mencari maklumat dengan lebih terfokus.

Rujukan dalam PRPM meliputi Kamus Dewan Edisi Keempat,

Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Thai-Melayu Dewan, Sesi Soal Jawab semasa Senior Management ForumLawatan ke Pusat Latihan DDMS di Subang Jaya

INFO EG JAN-JUN 201312 13INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 8: www .mampu.gov

Kamus Melayu Parsi, istilah (Malaysia, Indonesia dan Brunei),

ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (Sabah dan Sarawak),

peribahasa, arkib khidmat nasihat DBP, tesaurus Bahasa

Melayu, kandungan laman web DBP dan kandungan laman

web lain yang ditentukan oleh DBP.

Pelayar Internet boleh memanfaatkan portal PRPM untuk

rujukan makna perkataan, istilah, penggunaan ayat,

contoh ayat dan padanan kata bahasa Melayu. Pelayar

Internet juga boleh mendapatkan pantun yang sesuai

untuk pengacaraan majlis, maklumat sasterawan negara,

Khidmat Nasihat DBP dan lain-lain maklumat bahasa

dan sastera Melayu. Secara purata PRPM mencapai lebih

9 juta daftar kena sebulan dan boleh dilawati melalui

http://prpm.dbp.gov.my atau http://www.dbp.gov.my.

Laman PRPM

Hasil carian PRPM

Facebook PRPM

Pelancaran Pangkalan Data Bahasa Sukuan Etnik Sarawak Dalam PRPM Sempena Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Sarawak oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak

Rujukan di portal PRPM hanya menggunakan satu kata

kunci dan pengguna mendapat maklumat persuratan

Melayu daripada pelbagai sumber. PRPM boleh dicapai

24 jam sehari, 365 hari setahun.

Matlamat Portal PRPM

• Mewujudkanpusatsehentimaklumatdanpengetahuan

persuratan Melayu bagi memenuhi keperluan

pelbagai kumpulan pengguna bahasa Melayu. DBP

telah menerbitkan ratusan ribu entri kamus, hampir

sejuta istilah, hampir sepuluh ribu judul buku, ribuan

artikel dan pelbagai lagi. Organisasi luar juga telah

menerbitkan pelbagai khazanah persuratan Melayu

yang boleh dimanfaatkan. Gabungan maklumat dan

ilmu persuratan Melayu yang diusahakan oleh DBP

dan pelbagai organisasi ini perlu digabungkan untuk

menghasilkan pusat sehenti bagi dimanfaatkan oleh

masyarakat Malaysia dan antarabangsa khususnya

pengguna Bahasa Melayu.

• Menyerlahkan keupayaan Bahasa Melayu di persada

dunia siber serta menyumbang dalam mewujudkan

jati dir i dan kebersamaan dalam mewujudkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai

bangsa. PRPM memperkenalkan persuratan Melayu

kepada dunia dan membuka pintu kepada lebih ramai

pengkaji bahasa dan sastera Melayu antarabangsa

untuk mendalami persuratan Melayu.

Impak Portal PRPM

• Penyebaran maklumat bahasa dan sastera Melayu

yang lebih luas dengan jumlah daftar kena purata

9 juta sebulan. Berasaskan jumlah pengguna dan

kapasiti yang dimanfaatkan oleh pengguna, masyarakat

pengguna bahasa Melayu mula bergantung pada

Portal PRPM sebagai enjin carian untuk maklumat

kebahasaan dan persuratan Melayu. Hasil carian yang

dikelompokkan kepada domain, memandu pengguna

memanfaatkan maklumat dengan tepat. Peningkatan

kandungan maklumat dan pengetahuan akan

meningkatkan lagi kemampuan dan keupayaan Portal

PRPM.

• PortalPRPMmenjimatkanmasapenggunaataupelayar

Internet yang ingin mendapatkan maklumat tentang

bahasa, sastera dan persuratan Melayu dengan pantas

dan tepat. Rujukan hanya di hujung jari pengguna

tanpa kamus fizikal dan tanpa petugas. Penjimatan kos

secara tidak langsung seperti masa pegawai dan masa

produktif mencari bahan daripada pelbagai sumber.

• PortalPRPMmencapaidaftarkenapurata9jutasebulan.

Ini bermakna DBP menjawab 9 juta pertanyaan bahasa

sebulan iaitu purata sebanyak 300,000 pertanyaan

sehari. Sambutan yang baik terhadap perkhidmatan

Portal PRPM telah membantu melonjakkan usaha

menyebarluaskan bahasa, sastera dan persuratan

Melayu dengan lebih berkesan dalam kalangan

masyarakat tempatan dan antarabangsa. Penggunaan

Portal PRPM yang memberangsangkan pada masa kini

adalah salah satu bukti akan keupayaan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu.

INFO EG JAN-JUN 201314 15INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 9: www .mampu.gov

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)Oleh: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (KPKK)

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP merupakan salah satu perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Akta ini merupakan matlamat Dasar Kesepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan keutuhan rangkaian.

APDP diluluskan oleh Parlimen pada April 2010 dengan objektif utama untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data demi melindungi kepentingan data peribadi umum. APDP hanya melingkupi data peribadi yang diproses atau hendak diproses dalam Malaysia sahaja dan mana-mana orang yang memproses atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi pemprosesan mana-mana data peribadi adalah tertakluk di bawah akta ini.

Transaksi Komersial ertinya apa-apa transaksi bersifat komersial, sama ada secara kontrak atau tidak, yang termasuk apa-apa perkara yang berhubungan dengan

pembekalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, pembiayaan, perbankan dan insurans, tetapi tidak termasuk sesuatu perniagaan pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

Akta ini memperuntukan semua golongan pengguna data peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan wajib berdaftar secara rasmi dan perlu menguruskan pemprosesan data mengikut prinsip-prinsip yang terkandung dalam akta. Ini bermakna akta ini adalah terpakai bagi mana-mana orang yang memproses dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap pemprosesan mana-mana data peribadi.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang berperanan untuk memastikan hak-hak anda dipelihara dan bahawa pengguna data berkenaan mengetahui kaedah-kaedah dan pengurusan perlindungan data peribadi yang terbaik.

Data Peribadi bererti apa-apa maklumat yang berkenaan transaksi komersial yang tersimpan atau direkodkan dan yang boleh dikendalikan secara automatik atau mengikut sesuatu sistem fail yang secara langsung atau tidak langsung mengenal pasti seseorang itu daripada maklumat. Tafsiran data peribadi ini amat luas ertinya dan ianya meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira asal-usul maklumat. Contohnya:-a) Nama;b) Alamat;c) Nombor telefon;d) Butiran akaun bank;e) Butiran kad kredit;f) Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan

darah, rekod atau huraian kesihatan; dang) Ke maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan

politik, kepercayaan agama, keadaaan fizikal atau mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

Data Peribadi Sensitif pula bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal dan mental subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan, agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri.

Pengguna Data bermaksud mana-mana orang yang memproses data dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.

Subjek Data bermaksud seseorang individu yang menjadi subjek kepada data peribadi tersebut.

Organisasi atau orang yang memegang butir-butir peribadi mempunyai kewajipan di sisi undang-undang untuk mengendalikan data ini dengan berhati-hati. Jika seseorang mengalami kesusahan akibat butir-butir peribadi yang tidak diuruskan dengan baik, maka pampasan boleh dituntut melalui mahkamah. Perkara ini boleh dibincangkan dengan peguam cara yang dilantik.

Jabatan tidak mempunyai fungsi dalam tindakan ini dan tidak boleh memberi nasihat undang-undang.

Maklumat-maklumat peribadi, tidak kira sama ada ia sedang diproses, disimpan secara automatik atau difailkan oleh mana-mana pihak hanya akan menjadi kesalahan jika ianya dilibatkan dalam persekitaran komersial. Walau bagaimanapun, butiran atau informasi mengenai kredit “rating” seseorang diletakkan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 dan dengan yang demikian berada di luar bidang kuasa APDP.

Manakala, data peribadi yang diproses oleh seseorang individu bagi maksud hal ehwal peribadi, keluarga atau rumah tangga termasuk bagi maksud rekreasi, dan data peribadi individu yang telah meninggal dunia adalah dikecualikan daripada peruntukan Akta ini. Termasuk juga dalam pengecualian Akta ini ialah data peribadi yang diproses oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang mana bertujuan memberikan ruang dan hak untuk Kerajaan menggunakan data peribadi asas seseorang untuk diproses susulan maksud pentadbiran yang sah di sisi undang-undang.

Menyentuh berkenaan penyimpanan data, APDP tidak menyebut tempoh sesuatu data boleh disimpan. Namun demikian, disebabkan latar belakang sektor komersil yang pelbagai, polisi pengekalan (retention policy) adalah berbeza mengikut institusi dan organisasi. Maka, sesebuah kolej misalannya boleh menyimpan dan memusnahkan data peribadi mengikut tempoh yang dirasakan sesuai dan perlu. Namun begitu, sesebuah entiti juga perlu merujuk kepada akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan seperti BAFIA 1989.

2nd Annual Personal Data Protection- Formulating Preparedness to Ensure Compliance with the Act, 12-13 December 2013, Royale Chulan

Hotel

Majlis Perasmian Akta Perlindungan Peribadi yang telah diadakan pada 9 Februari 2012 di Hotel Royale Chulan.

Ucapan Perasmian Timbalan Menteri dalam Persidangan Tahunan Akta Perlindungan Data Peribadi.

INFO EG JAN-JUN 201316 17INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 10: www .mampu.gov

Maklumat Infobanjir yang dipamerkan di laman web adalah bersifat semasa (real-time).

AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)Oleh: Jabatan Pengangkutan Jalan

Pengenalan Automated Enforcement System (AES) adalah satu sistem yang boleh mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja kesalahan lalulintas dikenalpasti dilakukan oleh pemandu kenderaan di jalan raya. Kesalahan-kesalahan yang dapat dikenalpasti oleh sistem ini adalah seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Semua imej yang dirakam ditentukan kesalahannya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan. Saman-saman yang dikeluarkan dihantar kepada pemilik berdaftar secara pos berdaftar. Kesalahan lalu lintas seperti memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat boleh dikuatkuasakan dengan lebih berkesan menerusi AES kerana sistem ini boleh berfungsi secara automatik 24 jam sehari, tujuh hari seminggu (24/7) dalam semua keadaan cuaca.

Objektif utama pelaksanaan kamera AES dan penggunaan kamera perakam kelajuan had laju yang digunakan oleh agensi penguatkuasa adalah untuk mengurangkan

kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia. AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan. Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan. AES mampu mengubah sikap, tingkah laku dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan sepanjang masa .

Kadar Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia Berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia PDRM pada tahun 2011 sahaja, sebanyak 450,000 kes kemalangan jalan raya berlaku di negara ini. Secara puratanya pada masa ini, seramai 19 orang maut di jalan raya setiap hari (6,877 kematian pada tahun 2011). Sekiranya tiada sebarang usaha dilakukan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menganggarkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya boleh melebihi 10,000 orang setahun menjelang tahun 2020 atau lebih kurang 27 kematian setiap hari.

Kelebihan Penguatkuasaan Kesalahan Lalulintas Melalui AES Berbanding Kaedah Sedia AdaPenggunaan AES dapat meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan. Selain itu, anggota penguatkuasa juga dapat dikurangkan dengan adanya AES.

Dengan adanya sistem ini fenomena campur tangan manusia dapat ditangani. Ini juga dapat meningkatkan integriti penguatkuasaan (tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan). AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan raya. Struktur sistem AES direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai

Kamera AES

di mahkamah oleh pesalah. Ini memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre dihubungkan ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).

Antara kelebihan lain sistem AES ini adalah ia tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan pada masa akan datang sistem ini juga boleh digunakan untuk mengenalpasti kesalahan-kesalahan berikut:

1. Memotong di garisan berkembar; 2. Memotong di sebelah kiri jalan; 3. Lebih Muatan; 4. Potong barisan; 5. Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki

kawasan bandar; dan6. Penguatkuasaan laluan bas.

Penentuan Lokasi Pemasangan Kamera AES Lokasi pemasangan AES ini ditentukan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Lokasi-lokasi yang dikenalpasti berdasarkan kajian MIROS merupakan blackspot ( kawasan yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi).

Keberkesanan AES dalam Pengurangan Kemalangan Jalan rayaSistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah melaksanakan Digital Traffic Enforcement System.

Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:

1. PERANCIS Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh

3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.

2. JERMAN Penurunan kelajuan telah menjadi budaya di

kawasan yang dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).

3. KUWAIT Kemalangan menurun 48%.

4. UNITED KINGDOM Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada

kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

Kamera Statik

Contoh imej dan maklumat yang ditangkap oleh kamera AES

INFO EG JAN-JUN 201318 19INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 11: www .mampu.gov

SISTEM PENGURUSAN PESAKIT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Oleh: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sistem Pengurusan Pesakit (SPP) merupakan inisiatif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi merealisasikan

aspirasi perkhidmatan cemerlang dan efisien kepada para

pelanggannya. Pembangunan aplikasi SPP yang terdiri

daripada Modul Pesakit Luar dan Modul Pesakit Dalam

bermula pada September 2007 berasaskan keperluan

pengguna hospital KKM dengan menggunakan platform

Informix (SPP versi 2.1). SPP telah dilaksanakan secara perintis

di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban dan Hospital

Port Dickson (HPD), Negeri Sembilan pada Oktober

2008. Pada penghujung 2009, aplikasi SPP versi 2.1 telah

dipertingkatkan ke versi Open Source yang dinamakan SPP

versi 2.5. Pada Julai 2010, SPP telah dinaiktaraf kepada versi

2.6 dengan penambahbaikan kepada modul Ringkasan

Discaj dan Pengurusan Pesakit. SPP versi 2.6 bagi Modul

Pesakit Luar telah dilaksanakan di tiga buah hospital iaitu

Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah,

Klang dan Hospital Kajang, Selangor.

Peningkatan ke atas aplikasi SPP diteruskan lagi dengan

kerjasama dari Multimedia Development Corporation

(MDEC). Hasil kerjasama tersebut, pada pertengahan

tahun 2011 SPP versi 3.0 dihasilkan. SPP versi 3.0 ini telah

dilaksanakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,

Perak pada Mac 2012.

Contoh SPP Architecture di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Port Dickson

PLATFORM YANG DIGUNAKAN

Operating System Red Hat Linux Enterprise

Pangkalan Data MySQL Enterprise

Development Tools J2EE

Web/application server Sun GlassFish Enterprise Server

HOSPITAL YANG MENGGUNAKAN SISTEM PENGURUSAN PESAKIT

Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (SPPV2.6)

Hospital Port Dickson (SPPV2.6)

Hospital Kuala Lumpur (SPPV2.6 – Modul Pesakit Luar)

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang (SPPV2.6 – Modul Pesakit Luar & Jabatan Kecemasan)

Hospital Kajang(SPPV2.6 – Modul Pesakit Luar)

Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (SPPV3.0)

INFO EG JAN-JUN 201320 21INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 12: www .mampu.gov

BIL FAEDAH KETERANGAN1 Kepada pesakit a) Rekod dan maklumat pesakit dapat dikongsi oleh kakitangan kesihatan di mana pesakit

mendapatkan perkhidmatan kesihatan (seamless care) .

b) Mendapat rawatan yang berterusan kerana maklumat yang lepas boleh dirujuk untuk

rawatan selanjutnya (continuous care).

c) Rawatan yang berkualiti kerana perkhidmatan berfokus kepada rawatan terhadap

pesakit secara individu (quality care)

d) Pendaftaran pantas dan sekali sahaja mengguna MyKad/MyKid.

e) Untuk tujuan Rekod Kesihatan sepanjang Hayat (lifetime health record -LHR) dimana SPP

dapat menjadi penghantar kepada sistem LHR yang merupakan satu daripada aplikasi

Perdana Multimedia Super Corridor dengan mengutilisi sepenuhnya fungsi penyediaan

discharge summary oleh pegawai perubatan.

2 Kepada pengurus-pengurus

program dan kakitangan

kesihatan

a) Pengurusan temu janji pesakit – melalui pengwujudan roster, jadual temu janji

mengikut tempoh yang boleh ditetapkan oleh setiap hospital dalam tempoh setahun.

b) SPP membolehkan dokumentasi rekod pesakit yang lengkap bagi setiap perjumpaan

tidak kira siapa atau di mana rekod-rekod ini dijana.

c) Mengatasi masalah tunggakan bayaran bil dan kutipan hasil hospital - Ketersediaan

fungsi modul bil dan perakaunan yang komprehensif dan bersepadu dengan

pematuhan sepenuhnya Akta Fi dan prosedur kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan

dan KKM sesuai digunapakai di semua hospital dan institusi kesihatan KKM dan yang

setara.

d) Semua pembekal kesihatan sama ada Pakar/ Pembantu Perubatan/Jururawat berkongsi

rekod elektronik yang sama, maka pengurusan jagaan pesakit adalah lebih bersepadu.

e) SPP juga menyediakan kemudahan build in kod ICD10 bagi tujuan penyediaan

diagnosis yang dapat mengurangkan kesilapan dan membantu memantapkan lagi

penyediaan ringkasan discaj.

f ) Menjana laporan HMIS dan mendapat maklumat secara automatik dan on-line dengan

cepat dan tepat

3 Kepada negara a) SPP terbukti mampu berjaya dilaksanakan sebagai satu sistem seperti yang dihasratkan

dalam “8-health services goals”.

b) Ia adalah satu-satunya sistem yang dibangun sendiri oleh KKM dan dimiliki sepenuhnya

oleh KKM.

c) Ia telah mengembangkan kemampuan tenaga manusia dalam bidang ICT dalam

kesihatan

d) SPP mampu mengharumkan nama negara dengan keupayaannya membantu

meningkatkan kualiti perkhidmatan penyampaian kesihatan hospital kepada awam.

e) Satu sistem yang akan mengatasi masalah sistem berkaitan yang tidak sepadu serta

terasing.

f ) Pelaksanaan SPP di hospital-hospital KKM membuktikan bahawa Malaysia boleh

berbangga dengan keupayaan produk tempatan serta keupayaan anak Malaysia

khususnya kalangan kakitangan KKM sendiri merealisasikan sistem ICT yang lebih

menepati dan mampu menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan di Malaysia

secara lebih efektif dan ekonomikal.

FAEDAH PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PESAKIT :

APLIKASI-­‐PLIKASI  “HIS@KKM”

Outpatient  &  Clinic  

Management

Ward  &  Inpatient  Management

Nurse  Administration Diet  &  Catering

Medical  RecordManagement Billing  &  

Payment

Inquiries  &  Reports

LISOTMS

CCIS

CSSS

Discharge  Summary

RadiologyInformation

System

PACS

BI

CD

SPP   Versi 3.0  – Model  Hospital  Raja  Permaisuri Bainun Ipoh  Perak

HIS  -­‐ Modul-­‐Modul Tambahan

•OTMS  – Operating  Theater  Management  System•LIS  – Laboratory    Information  System•CSSS  – Central  Sterile  Supply  System•PhIS  – Pharmacy  Information  System•PACS  – Picture  Archive  Communication  System•BI  – Business  Inteligent

Order  Management

PhIS

APLIKASI-­‐APLIKASI  “HIS@KKM”

WAY FORWARD KKM sedang merancang untuk menggunakan SPP versi

3.0 sebagai platform HIS hospital kerajaan dan akan

dipertingkatkan dengan modul-modul lain terutama

modul-modul klinikal dan sokongan klinikal untuk

membangunkan satu aplikasi HIS yang menyeluruh

seperti rajah di bawah. Sehubungan itu, mulai tahun 2011

dengan kerjasama MAMPU, Projek Integrated OpenHIS

telah dilaksanakan yang merangkumi modul Laboratory

Information System (LIS), Central Sterile Supply Services

Information System (CenSSIS) dan Clinical Documentation

(CD). Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan

peluasan SPP ke hospital KKM yang lain secara beperingkat

bermula tahun 2013.

Contoh SPP Architecture di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Port Dickson

HIS @ KKM

• BI - Business Intelligence

INFO EG JAN-JUN 201322 23INFO EG JAN-JUN 2013

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 13: www .mampu.gov