Upload
hazman-azhar
View
1.159
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
SJH1102:SEJARAH EKONOMI MALAYSIA
SEHINGGA 1970
TUTORIAL MINGGUKEEMPAT BELAS
Disediakan oleh:
HAZMAN BIN AZHARKU MOHAMAD AMIRUDIN
SOALAN TUTORIAL:
Bincangkan usaha-usaha ke arah pemupukan perpaduan
kaum dalam dasar-dasar pendidikan negara
RUANG LINGKUPTUTORIAL
Perbincangan hanya akan menjurus kepada dasar-dasar pendidikan di MALAYSIA sahaja iaitu dalam lingkungan masa SEBELUM TAHUN 1970
SEPINTAS LALU:Dasar pentadbiran British di Tanah Melayu ketika
zaman pra kemerdekaan menyaksikan kemasukan buruh-buruh asing dari China dan
India.
Seterusnya,British telah bertindak melaksanakan dasar divide and rule (pecah dan perintah) yang telah mengasingkan kaum berlainan mengikut
kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh mereka.
Akibatnya, kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu terpisah mengikutkaum masing-masing dan hasilnyamenyebabkan ketiadaan perpaduandalam kalangan masyarakat di TanahMelayu ketika itu.
Perkara ini akhirnya menyebabkan sedikit ketegangan kaum terutamanya selepas zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan makin meruncing ketika merebaknya ancaman darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948.
British akhirnya menyedari kelemahannya itu lalu usaha ke arah mengintegrasikan kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina dan India mula dilakukan
terutamanya dengan menggalakkan kerjasama antara kaum dalam pentadbiran ke arah kemerdekaan.
Antara usaha yang penting dalam menggerakkan perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu adalah melalui pendidikan.
CARTA GARIS MASA DASAR PENDIDIKAN NEGARA
ZAMANPENGUKUHAN
PENYATA RAZAK
ORDINAN PELAJARAN 1957
ZAMANKEMASKINI
LAPORAN RAHMAN TALIB
AKTA PELAJARAN 1961
LAPORAN KABINET 1979
RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995
* NOTA: Tutorial ini hanya akan membincangkan dasar-dasar pendidikan sehingga tahun 1970
sahaja
PENYATA RAZAKPada tahun 1956, Menteri Pelajaran Tanah Melayu, Datuk Abdul Razak telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyarankan perubahan dalam sistem pendidikan negara pada ketika itu.
Antara cadangan Penyata Razak yang berkait dengan usaha-usaha ke arah pemupukan perpaduan kaum di Tanah Melayu termasuklah:
1
Bahasa Melayu diajar dan dijadikan sebagai pengantar di semua sekolah
vernakular bagi menjadikannya sebagai alat perpaduan dan
komunikasi di Tanah Melayu.
Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu,Cina dan India sebagai
satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.
2
3Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum
dapat dikurangkan
Cadangan Penyata Razak ditentang oleh sesetengah pihak, akan tetapi
beberapa saranan jawatankuasa tersebut telah diperhalusi dalam
merangka Ordinan Pelajaran 1957.
ORDINAN PELAJARAN 1957
Hasil daripada laporan jawatankuasa dalam Penyata Razak, maka termaktublah ordinan Pelajaran 1957 yang mana di dalamnya terkandung Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK).
DPK adalah satu sistem pendidikan untuk Malaya yang merdeka bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah yang digunakan sebelum ini.
OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Mengadakan sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik.
Menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja.
Melahirkan insan yang berilmu seimbang dan harmonis serta menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran negara.
STRATEGI PELAKSANAAN DPK
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa
pengantar di sekolah.
Semua jenis sekolah diarahkan mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaya.
Menyediakan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
Melicinkan tatacara pendidikan.
Menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu untuk meningkatkan
mutu pendidikan.
Mengadakan pendidikan asas selama 9 tahun
Mendemokrasi pendidikan dari segi peluang dan mutu secara adil.
Menyediakan pendidikan rendah dan menengah yang boleh melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai etika yang kukuh.
LAPORAN RAHMAN TALIB
Pada tahun 1959, satu jawatankuasapenyemak diwudkan bagi menilai kembali keberkesanan Ordinan Pelajaran 1957 dalam sistem pendidikan kebangsaan ketika itu.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman bin Haji Talib.
Usaha ini dianggap satu kemaskini terhadap sistem pendidikan negara.
SARANAN RAHMAN TALIB YANG BERKAIT USAHA PERPADUAN KAUM
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi secara berperingkat.
Matapelajaran akhlak diajar di sekolah iaitu matapelajaran Pendidikan Islam bagi murid beragama Islam dan Pendidikan Moral kepada murid yang bukan Islam.
AKTA PELAJARAN 1961
Hasil laporan jawatankuasa yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Talib, satu rang undang-undang telah dibawa ke Parlimen untuk dijadikan satu akta pelajaran kepada Malaya (Persekutuan Tanah Melayu).
Kesemua cadangan Rahman Talib telah diluluskan dalam Parlimen dan menjadi satu akta Parlimen yang memacu halatuju pendidikan negara selepas itu.
Antara intipati penting dalam Akta Pelajaran 1961 termasuklah:
Pendidikan percuma di
sekolah rendah
Sekolah lanjutan
hingga berumur15 tahun
Sekolah rendah dinamakan
sekolah kebangsaan
Sekolah pengantar Inggeris ditukar kepada sekolah kebangsaan
Pendidikan akhlak diperkenal iaitu Pendidikan Islam dan Moral
Pendidikan vokasional diperluas
RUMUSAN
Secara umumnya, usaha-usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum yang dilakukan pada zaman pra dan pasca merdeka dalam dasar - dasar pendidikan menekankan aspek pemupukan perpaduan melalui beberapa kaedah:
1. Penggunaan Satu Bahasa PengantarJika diteliti pada Laporan Barnes dan Penyata Razak, kedua-dua laporan ini cenderung untuk menggunakan aspek bahasa sebagai alat perpaduan.Sebagai contoh,Barnes mahu BI dan BM manakala Tun Razak mahu BM dijadikan bahasa pengantar di sekolah.
2. Sistem Satu SekolahAntara kaedah yang terbaik bagi memupuk perpaduan adalah melalui sistem satu sekolah, di mana semua murid berlainan bangsa diletakkan di bawah satu bumbung. Perkara ini ditentang keras oleh masyarakat Cina dan India dan perkara ini boleh dilihat dalam Laporan Fenn-Wu.Walaubagaimanapun, sistem ini telah diamalkan secara tidak langsung dalam jenis sukatan matapelajaran dan peperiksaan yang sama walaupun tanpa menghapuskan sekolah vernakular tersebut.
3. Perpaduan Melalui PendidikanJika sebelum ini pendidikan di Tanah Melayu di era British hanya menekankan keperluan 3M (membaca,menulis,mengira) sahaja, akan tetapi pendidikan sahsiah dan moral mula diperkenalkan di sekolah-sekolah seperti yang disyorkan oleh Penyata Rahman Talib.
4. Akses Pendidikan Untuk SemuaKerajaan pascamerdeka telah mula memberi pendidikan percuma di peringkat rendah bagi memastikan pendidikan dapat diberi secara menyeluruh merentas sempadan kawasan, bangsa dan agama.
5. Proses “Malaya”lisasiSukatan matapelajaran di semua sekolah mula diseragamkan mengikut acuan negara sendiri. Perkara ini direalisasikan dengan penjenamaan sekolah rendah kepada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Proses ini juga menyebabkan sekolah beraliran Inggeris dijadikan sekolah kebangsaan secara berperingkat-peringkat.
ADAKAH DASAR PENDIDIKAN INI BERJAYA?
Walaupun terdapat usaha ke arah perpaduan kaum di Tanah Melayu selepas merdeka, usaha ini menerima banyak halangan termasuklah:
1. Kekhuatiran orang Cina dan India akan kehilangan jati diri bangsa sekiranya sekolah vernakular dihapuskan
2. Sistem sekolah yang masih bersifat “experimental”
3. Usaha memupuk perpaduan bukan prioriti utama
4. Rakyat masih belum bersedia keluar dari kepompong lama tinggalan British5. Mentaliti masyarakat terutamanya orang Melayu bahawa pendidikan tidak memberi
untung dan lebih selesa anak-anak membantu dan mewarisi kerja-kerja mereka
SEMUA PIHAK GAGAL UNTUK MELIHAT PERPADUAN SEBAGAI SATU ELEMEN PENTING DALAM MEMBINA
NEGARA BANGSA SEHINGGALAH TERCETUSNYA PERISTIWA 13 MEI 1969.
RUJUKAN1. Nota Kuliah Puan Hajjah Salmah Othman, SJH1102 PPISMP Sejarah IPG
Kampus Darul Aman2. Portal Rasmi Kementerian Pelajaran
Malaysiahttp://www.moe.gov.my/?
id=83&lang=my3. Portal Jabatan Penerangan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/
242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html
SEKIAN,TERIMA KASIH.